Sunday, September 26, 2010

RENCANA


HRFI SDN BHD.
          Perniagaan kami yang berpangkalan di batu 18, Jalan Padang besar, 02100 Padang Besar (U), Perlis ini diberi nama HRFI SDN BHD yang membawa maksud Hafiza, Faris, Rozanna dan Irham  ialah hasil  gabungan daripada nama empat orang ahli rakan kongsi perniagaan tersebut. Konsep perniagaan yang cuba diterapkan disini, ialah kami mengusahakan ladang ternakan arnab dan ayam serta ladang gandum. Saya dan rakan kongsi yang lain menternak haiwan dan menjaga tanaman ini sehingga besar  sebelum hasilnya kami hasilkan produk makanan segera serta produk sejuk beku seperti ayam goreng, kentang putar, burger, sate arnab dan sebagainya untuk dijual di premis-premis kami.
          Selain itu, visi perniagaan ini ialah menyediakan makanan serta produk hasil makanan halal ke seluruh masayarakat terutama orang islam. Di samping menjadi peneraju hub pasaran halal ke peringkat antarabangsa. Dengan wujudnya perniagaan sebegini ia dapat menyedarkan umat islam betapa pentingnya makanan yang halal dalam kesihatan tubuh badan manusia dan pembentukan minda yang cerdas. Dalam jangka masa panjang juga syarikat kami bercadang untuk menguasai segala barang keperluan masyarakat selain produk makanan yang dibuat, diproses dan dijual oleh orang bukan islam kerana bimbang menimbulkan perasaan ragu-ragu(syubhah)dalam hati setiap mukmin semasa memilih untuk membeli barangan makanan  dan kebimbangan mayarakat muslim terhadap bahan campuran pada makanan tersebut.

                 Manakala, misinya pula ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai serta memberi lebih pilihan kepada segenap masyarakat yang memilih produk makanan segera serta sejuk beku yang halal dan lazat dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, ia turut memenuhi tuntutan fardhu kifayah kerana terdapat juga segelintir pihak tampil membuka perniagaan berasaskan makanan segera dan produk sejuk beku yang menitikberatkan soal halal dan kebersihan dalam penyediaan makanan. Dimana kesemua staf dan kakitangan syarikat ini terdiri daripada kakitangan yang beragama islam sahaja bagi menjamin tahap kebersihan dan bahan makanan yang halal sahaja.
 Malah, strategi perniagaan tersebut ialah syarikat kami sentiasa mencuba untuk mengeluarkan produk baru, mencari pasaran baru, mengadakan promosi, dan meningkatkan jualan dari masa ke semasa mengikut permintaan pengguna. Namun begitu, syarikat ini ada juga mengadakan kempen promosi makanan segera di sekolah-sekolah menengah dan rendah bagi memperkenalkan produk kami  selain meningkatkan jualan kepada golangan ini. Golongan sasaran syarikat ini ialah menjual di premis dan kedai makan kami sendiri, mengedarkan produk makanan siap dan sejuk beku ke pasar raya besar seluruh malaysia, di kedai runcit di pedalaman, orang tengah serta pemborong.
           Berlandaskan  kepada motto perniagaan  sekali cuba..pasti nak lagi, saya dan rakan kongsi yang lain berharap agar perniagaan sebegini dapat membuka mata banyak pihak dan orang ramai untuk menceburi perniagaan francais syarikat berkenaan.Nabi S.A.W sendiri menyeru umatnya agar berniaga katanya: 9/10 punca rezeki  adalah datangnya daripada berniaga.Harapan saya dan rakan kongsi perniagaan agar syarikat kami yang mula beroperasi setahun jagung ini dapat bertapak di beberapa tempat di luar negara, menambat hati orang ramai supaya terus membeli serta mempunyai ‘trademark’ atau keenakan tersendiri agar dikenali ramai.

No comments:

Post a Comment