Sunday, September 26, 2010

RENCANA


HRFI SDN BHD.
          Perniagaan kami yang berpangkalan di batu 18, Jalan Padang besar, 02100 Padang Besar (U), Perlis ini diberi nama HRFI SDN BHD yang membawa maksud Hafiza, Faris, Rozanna dan Irham  ialah hasil  gabungan daripada nama empat orang ahli rakan kongsi perniagaan tersebut. Konsep perniagaan yang cuba diterapkan disini, ialah kami mengusahakan ladang ternakan arnab dan ayam serta ladang gandum. Saya dan rakan kongsi yang lain menternak haiwan dan menjaga tanaman ini sehingga besar  sebelum hasilnya kami hasilkan produk makanan segera serta produk sejuk beku seperti ayam goreng, kentang putar, burger, sate arnab dan sebagainya untuk dijual di premis-premis kami.
          Selain itu, visi perniagaan ini ialah menyediakan makanan serta produk hasil makanan halal ke seluruh masayarakat terutama orang islam. Di samping menjadi peneraju hub pasaran halal ke peringkat antarabangsa. Dengan wujudnya perniagaan sebegini ia dapat menyedarkan umat islam betapa pentingnya makanan yang halal dalam kesihatan tubuh badan manusia dan pembentukan minda yang cerdas. Dalam jangka masa panjang juga syarikat kami bercadang untuk menguasai segala barang keperluan masyarakat selain produk makanan yang dibuat, diproses dan dijual oleh orang bukan islam kerana bimbang menimbulkan perasaan ragu-ragu(syubhah)dalam hati setiap mukmin semasa memilih untuk membeli barangan makanan  dan kebimbangan mayarakat muslim terhadap bahan campuran pada makanan tersebut.

                 Manakala, misinya pula ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai serta memberi lebih pilihan kepada segenap masyarakat yang memilih produk makanan segera serta sejuk beku yang halal dan lazat dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, ia turut memenuhi tuntutan fardhu kifayah kerana terdapat juga segelintir pihak tampil membuka perniagaan berasaskan makanan segera dan produk sejuk beku yang menitikberatkan soal halal dan kebersihan dalam penyediaan makanan. Dimana kesemua staf dan kakitangan syarikat ini terdiri daripada kakitangan yang beragama islam sahaja bagi menjamin tahap kebersihan dan bahan makanan yang halal sahaja.
 Malah, strategi perniagaan tersebut ialah syarikat kami sentiasa mencuba untuk mengeluarkan produk baru, mencari pasaran baru, mengadakan promosi, dan meningkatkan jualan dari masa ke semasa mengikut permintaan pengguna. Namun begitu, syarikat ini ada juga mengadakan kempen promosi makanan segera di sekolah-sekolah menengah dan rendah bagi memperkenalkan produk kami  selain meningkatkan jualan kepada golangan ini. Golongan sasaran syarikat ini ialah menjual di premis dan kedai makan kami sendiri, mengedarkan produk makanan siap dan sejuk beku ke pasar raya besar seluruh malaysia, di kedai runcit di pedalaman, orang tengah serta pemborong.
           Berlandaskan  kepada motto perniagaan  sekali cuba..pasti nak lagi, saya dan rakan kongsi yang lain berharap agar perniagaan sebegini dapat membuka mata banyak pihak dan orang ramai untuk menceburi perniagaan francais syarikat berkenaan.Nabi S.A.W sendiri menyeru umatnya agar berniaga katanya: 9/10 punca rezeki  adalah datangnya daripada berniaga.Harapan saya dan rakan kongsi perniagaan agar syarikat kami yang mula beroperasi setahun jagung ini dapat bertapak di beberapa tempat di luar negara, menambat hati orang ramai supaya terus membeli serta mempunyai ‘trademark’ atau keenakan tersendiri agar dikenali ramai.

Friday, September 24, 2010

AHLI LEMBAGA PENGARAH HRFI BUNNY ENTERPRISE

KETUA PENGARAH
NOR ROZANNA MOHD SHUKOR


PENOLONG PENGARAH
MUHAMMAD IRHAM B MD EMRAN


PENGARAH KEWANGAN
NURHAFIZAH BT ROSLAN


PENGARAH PEMASARAN
MOHD FARIS FAIZAN

SURAT PERMOHONAN UNTUK MEMPROMOSIKAN HRFI BUNNY ENTERPRISE







HRFI BUNNY ENTERPRISE,
Batu 15,Jalan Kaki Bukit,
02200 Kaki Bukit,
Perlis.


Pengarah,
Jabatan Pertanian Bukit Temiang,
KM 3 Beseri,
01000 Kangar,
Perlis.                                                                                                                 30 OGOS 2010                                                 


Tuan/Puan

Permohonan Untuk Membuat Promosi Bagi Produk HRIF Bunny Enterprise.

Merujuk perkara diatas,syarikat kami HRFI BUNNY ENTERPRISE ingin menyertai karnival pertanian yang dianjurkan oleh pihak tuan.

2.         Untuk pengetahuan pihak tuan,syarikat kami berkonsepkan produk makanan segar dan segera berasaskan arnab.Syarikat kami mengusahakan ladang arnab sendiri dan daripada itu jugalah syarikat kami menghasilkan produk – produk berasaskan arnab.Produk – produk yang dihasilkan seperti,daging arnab sejuk beku yang belum di proses mahupun sudah di proses menjadi daging buger,sate sejuk beku,dan juga kraf tangan berasakan kulit dan bulu arnab. Barangan ini dipasarkan secara kecil – kecilan di permis syarikat kami yang turut tersedia di ladang tersebut dan kenalan – kenalan yang mengetahui mengenai syarikat kami.

3.         Oleh sebab itu,Syarikat kami amat bebesar hati agar pihak tuan dapat memberi peluan dan tempat untuk Syarikat kami menjalankan derta mengembangkan produk syarikat  HRFI BUNNY ENTERPRISE ini.Sekiranya permohonan kami di terima oleh pihak tuan,sila hubungi Cik Rozanna CEO di nombor 013-6311569 atau fakskan kepada 04-9456629.




Sekian,terima kasih

“cuba sekali,pasti nak lagi”

Yang benar,

.....................................
(NURHAFIZAH BT. ROSLAN)
Setiausaha,
HRFI BUNNY ENTERPRISE.

Thursday, September 23, 2010

Bunny Enterprise Shd Bhd

NAMA SYARIKAT
HRFI BUNNY ENTERPRISE

PRODUK
Produk makanan segar dan segera berasaskan arnab

MISI
  1. Menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai 
  2. Produk makanan segera serta sejuk beku yang halal dan lazat

VISI
Menyediakan makanan serta produk hasil makanan halal ke seluruh masyarakat terutama orang islam


SLOGAN
CUBA SEKALI PASTI HENDAK LAAGGGGIII.....!!